Friday, January 29, 2010

Masakan Tradisional Mak

Dari 2 tahun lepas I cuba dokumentasikan pasal resepi turun-temurun gulai kepandaian mak ni. Rasanya gulai ni mmg masakan authentic Negeri Sembilan. I suka gulai ni disajikan bersama telur dadar, ikan atau ayam goreng...then kicap manis, perghh memang sedap! Jadi di sini nak kongsi resepi mak bersama semua...sebelum I terlupa lagiii =)

Sambal Daun Kayu (dipanggil gulai bila lau
k itu berkuah, dipanggil sambal bila kuahnya tiada / kering)

A. Campuran Wajib...kalo tak letak, lauk tak menjadi
Daun Mangun + Daun Kaduk + Daun Kunyit Muda + Serai Kampung + Pucuk Ubi + Pucuk Labu + Tempoya
k Masam


B. Campuran Asas...gulai orang Negeri Sembilan wajib guna ni
Santan Kelapa Pekat (kelapa masak) + Kunyit Hidup + Cili Padi

C. Campuran Pilihan...letak tak letak takde kesan pape, cuma utk menambah volume gulai shj.
Daun kacang botol, ulam raja, kesum, lidah kebau, terung belanda, petai, atau lebih senang, apa sahaja ulam jenis daun yang senang didapati, semua boleh digunakan. Tapi jangan sampai daun kangkung pon campur sama dahla...nnt gulai jd macam kangkung goreng plak =)

Cara Memasak...drpd yg dilihat apa mak buat
Masakkan Campuran Asas dahulu, sebelum santan mendidih masukkan tempoyak (lagi banyak lagi bagus), kalo ada petai masukkan sekali, kemudian tunggu sampai santan mendidih dan masak. Last sekali, baru dimasukkan daun-daun yang dihiris halus, tak perlu lama-lama atau nanti daun-daun terlampau masak dan jd mcm bubur...hehehe (but have to remember, garam tu letak part last sekali.)

Nota penting...
mak yang bagitau
Mak kata lauk ni kena byk kelapa, then tu tempoyak yg digunakan pon kena byk dan guna yg dah rasa masam2...bukan yg manis2 durian lg. Pastu ada jenis2 daun sahaja yg boleh digunakan dgn kuantiti yg banyak (melebihi daun yg lain) iaitu daun-daun yg tidak berasa pahit dan tidak berbau kuat seperti pucuk labu, pucuk kacang botol, dan lain2. Daun-daun seperti kaduk, mangun, pucuk ubi dan daun kunyit tidak perlu banyak...nnt akan menguasai rasa keseluruhan gulai (pahit). Even daun puding juga digalakkan dicampur sekali dalam gulai ini takut nanti gulai jadi warna lebam / hitam dan tidak hijau kuning yang menarik. Lagi halus hirisan daun-daun lagi bagus.

Orite...siap dah. Gambar nnt tambah kemudian. =)

1 comment:

Farie said...

Sedapnyer..belum rasa lagi nih. Nanti letak la gambar gulai tu skali.