Thursday, January 28, 2010

Animal Welfare a.ka. Kebajikan Haiwan

"A good deed done to an animal is as meritorious as a good deed done to a human being, while an act of cruelty to an animal is as a bad as an act of cruelty to a human being" -Prophet Muhammad

Isu penting dalam pengeksploitasi manusia terhadap haiwan adalah dengan tidak sambil lewa / mengabaikan kebajikan haiwan. Manusia menggunakan haiwan dalam pelbagai bentuk keperluan dan seharusnya melayan haiwan-haiwan ini dengan baik dan menjaga keperluan mereka. Haiwan peliharaan di rumah harus (should) menerima belaian / jagaan yg sesuai, makanan serta keperluan perubatan bila sakit.

Isu-isu yang cuba diketengahkan dan difikirkan:

1. Penjualan haiwan peliharaan di kedai-kedai haiwan peliharaan (pet-shop) yang tidak mengambil-berat keperluan haiwan-haiwan yang dijual. -cth: haiwan sakit, sangkar sempit, makanan tidak dibekalkan secukupnya, pengudaraan serta persekitaran kotor.
Sebenarnya sejak 3 minggu yg lepas, I dah tegur 1 owner kedai ni utk gi ubatkan rebit2 dia yg kena kurap. Tapi buat tak endah je dan letakkan rebit2 sakit tu di bahagian belakang kedai. Pernah sekali tu dijemurnya rebit2 masa matahari tengah tegak atas kepala. Mungkinla mereka ni berfikir macamni "bila jemur kurap p
ergi"...hehe Kesian giler tgk rebit2 tu. Last2 masa visit semlm tinggal 1 ekor je dr 6 ekor aritu, 5 dah mati sbb kekurapan yg amat sangat. Tak pasal2 rugi. Bila I tny kenapa biarkan, dia boleh kata "saya ni tak animal lover mcm kakak"...aiyooo! U jual haiwan, tp tak animal lover...apa cerita tu. Ni baru 1 kedai..blom lg kedai2 yang lain...

2. Penternakan untuk tujuan jualan. -kawasan sempit, pemakanan ala kadar, cara penternakan serupa hantam kromo, etc.
Sejak terlibat bela2 ayam dari sepasang dulu sampai berpasang2 sekarang ni, byk gakla reban or ladang org I dah pergi lawat. Ada yg bagus, ada yg sebaliknya. Dibuatkan cerita, ada satu reban ni, owner dia bela itik. Itik2 ni reban tepi kolam. Kolam ni lak air tak mengalir. Hari2 itik mandi manda dan berak
dlm kolam. Dalam kolam tu plak, dia bela ikan. Ikan dia gemok2 dan air kolam plak kaler ijau (ada org kolam dia kaler cokelat). Tapi sebab kolam dia ni agak besar, jadi tak berbau. Dan owner ni beri itik2 dia mkn dedak dan jagung semata-mata. Rasanya kalo itik2 diberi mknan dari sisa kedai, azab juga baunya kan. Yang I tak berapa selesa di sini ialah...ikan2 itu makan BERAK itik. WOW! Sebagai penternak dan juga pengguna, I cuba elakkan benda2 mcm ni...pada I, kalo I tak makan benda2 yg mcmtu, I pon tamau pengguna mkn benda2 mcmtu juga. Memang kos rendah, tapi mcm inhuman je perangai. Atas tu baru 1 contoh...ada byk lg, semua angkara nak kurangkan kos tp cara / tindakan yg kurang cerdik.

-ada org bg komen utk part ni, dia kata "ini dipanggil integrated farming. Tak salah bela ikan bwh kandang lembu, reban ayam, atau share kolam dgn itik...TAPI mesti la ORGANIK". Atau nak lg best..air kolam tersebut mengalir.

3. Bela haiwan sebagai pet di rumah. -sementara cantik dan berguna...hehehe
Beberapa kali I terserempak dgn owner kucen yang gi lepaskan kucen2 dia sebab
kucen2 tu dah mula buat perangai. Kesian kucen2. Kecik2 dibelai bagai nak rak, dah beso bila kencing sana sini or tua dicampak. Cuba kita dibuat camtu oleh kucen2 kita suatu masa nnt...cemana rasa? Mau meraung tergolek2 kot...Dulu2 I pon pernah gi lepaskan kucen I kat pasar, tak pasal2 pastu jd isu di rumah. Padan muka! Tapi sekarang I dah tobat! Tak buat benda2 tak bermoral ni, I rela gi kasikan kucen I drpd gi lepaskan kat mana2. Biarla kucen2 ni jd sepesen pastu, takpeee...janji dia tak 'sumpah' I di kemudian hari. Even sekarang ni my place dah jd mcm animal shelter plak utk haiwan2 yg terbiar atau owner dia takmau lg...tp I epi jeee...hehehe

sambil2 googling td jumpa
baru harini tau kewujudannya. Tapi part akta utk animal welfare hak malaysia tak jumpa...ke memang takde? hmmm...

sesapa rajin lehla gi kat sini utk menambah ilmu, ambil mana yg bagus dan mampu dibuat...tak mampu buat takpe, sok2 dah mampu lehla buat...

No comments: