.
.
Hari Rabu lepas ada kawan beritahu kawasan lingkungan 1km radius dari reban LPfarm dilanda sampar (ND). Dibuatkan cerita, malam tu saya dapat mimpi LPfarm kena sampar. Oh gawat sungguh. Keharian esoknya saya ceritakan kepada mak berkenaan mimpi bebudak kena sampar, mak kata "terlampau fikir sangat tu...tu pasal boleh termimpi-mimpi". Saya rasa rileks...yeahhh mungkin tiada apa-apa sambil minum milo. Tapi otak saya tak berhenti berfikir pun...masih juga risau dan kena prepare untuk vaksin bebudak semula ni...kali terakhir saya buat masa raya puasa 2010. Induk-induk pembaka saya berikan vaksin hidup dan cucuk vaksin mati. Rujukan yang saya baca mengatakan apabila kedua jenis vaksin diberikan bersama, kesannya lebih baik dan lama.
Malam tu mak pergi surau, balik dari surau tetiba dia kata kepada saya "betul la mimpi malam tadi tu..."....ha'?? Mak kata jiran-jiran rumah seberang jalan sudah ada ayam yang mati tiba-tiba. Mak ingatkan untuk beri bebudak ubat cepat-cepat. Mak tak tahu pun istilah vaksin, dia tahu ubat saje. =)
Khamis malam saya selamba pergi reban kutip semua bekas minuman air, bersihkan dan keringkan. Saya tak tahu pukul berapa saya tidur malam tu. Jumaat pagi, saya sediakan bancuhan air hijau. Saya paksa bebudak semua makan untuk meningkatkan kehausan mereka. Tidak sampai 2 jam semua siap. Saya pun pengsan depan tv!
Sabtu pagi seperti pagi hari-hari lain, saya paling takut pergi reban. Mana la tau kalau-kalau nampak ada bebudak yang tidur tak bangun-bangun ke. Alhamdulillah. Keadaan seperti biasa. Bebudak menjerit-jerit bila ternampak saya. Saya minta mak jangan benarkan sesiapa pergi kawasan berhampiran reban. Semua bebudak saya tak lepaskan ke kawasan range. Saya mahu memastikan keadaan bebudak betul OK, selepas 10hari baru lepaskan ke kawasan range semula.
=)
.
.
No comments:
Post a Comment