Saturday, January 29, 2011

Sampar / Newcastle Disease (ND)

.
.
Outbreak ND kali yang melanda negara amat teruk sekali pada pemerhatian saya. Pada tahun 2008 dan 2009 ada juga kedengaran kes ND, tapi hanyalah kes-kes terpencil, tidak bersifat acute. Pada pertengahan tahun 2010, kes pertama mula ada. Kemudiannya merebak ke setiap negeri, ke setiap pelusuk kawasan, tidak kira pendalaman mahupun pinggiran bandar. ND kali ini juga merebak ke ladang-ladang komersial.
Kes pada peringkat awal bersifat epizootic (mati serentak dan mendadak), dan kini telah beralih kepada enzootic (mati seekor dua dan berlanjutan). Yang mana ramai para penternak menggelarnya "2nd wave"..."3rd wave". Ayam-ayam yang terselamat daripada kes epizootic, walaupun pada logiknya akan immune kepada virus ND, ayam-ayam ini masih terdedah kepada kes enzootic yang mungkin akan berlaku pada masa akan datang. Ayam-ayam ini masih perlu divaksin menggunakan vaksin ND yang bersifat lebih kuat. Sebagusnya, ayam-ayam ini disemelih sahaja. Kemudian masukkan baka baru dan ikuti program vaksinasi yang sewajarnya mengikut projek penternakan yang dijalankan (broiler / breeder).
Semasa menjalankan proses vaksinasi ayam, beberapa langkah juga perlu diambil berat selain daripada yang tertulis pada pamplet vaksin yang dibeli. Antara lainnya ialah, mengelakkan daripada memberi ayam-ayam minum air berantibiotik dan EM (effective microb.) selama 3 hari sebelum vaksinasi dilakukan. Dos vaksin yang diberikan juga haruslah daripada jenis lemah dahulu (2 dos pertama), kemudiannya jenis kuat untuk ketiga dan seterusnya. Selang masa antara dos adalah 4 minggu (dos 1-3) dan setiap 2 bulan bagi dos-dos seterusnya.
Vaksin akan bertindak melindungi ayam selepas 10 hari diberikan. Dalam tempoh 10 hari pertama tersebut, ayam-ayam di dalam keadaan bertarung melawan virus aktif di dalam vaksin dan membina sistem imunisasinya sendiri. Keadaan ini menjadikan ayam stress dan mudah dijangkiti penyakit pernafasan. Sebaiknya ayam diberikan minuman mengandungi electrolytes bagi membantu melawan stress. Digalakkan juga memberi ayam minuman jus putarwali dalam tempoh ini, seterusnya 1 kali setiap minggu.


nota:
* di sini saya tiada menamakan apa-apa product secara specific jenis / brand yang digunakan kerana terdapat kepelbagaian product di pasaran yang boleh digunakan. Tapi konsep penggunaannya adalah sama.
** saya juga bukan doktor veterinar, untuk maklumat lebih terperinci, kunjungi / hubungi pihak veterinar di kawasan masing-masing.
.
.

No comments: