Friday, October 8, 2010

Panggilan Ternakan

.
.
Di LPfarm setiap kumpulan ternakan akan diberikan nama panggilan yang khusus untuk setiap satunya. Antara nama panggilan ternakan kami adalah;

  • GFs, turkeys, chickens, serati @ kiddy
  • Geese @ ang-guard
  • Pigeons @ fanny
  • Rabbits @ moknab, blue, baby, etc.
  • Peafowls @ whittey, blueie, pie-D

Memang saya akui, dipermulaan saya menternak tiada satu ekor di antara ternakan di atas faham atau datang kalau dipanggil. Tapi setelah mencuba beberapa lama di samping setiap kali mereka datang diberikan "treat", lama kelamaan ternakan ini faham istilah-istilah panggilan tersebut. Hinggakan hari ini, sekiranya saya marah kepada ayam-ayam saya akan menjerit "kiddyyyyyy"...tetiba je nanti mana-mana ayam yang terdengar sebutan kiddy tersebut akan datang. Mungkin semua ini terjadi disebabkan saya habiskan banyak masa bersama mereka...ataupun mereka lapar. Tapi berlainan pula keadaan sekiranya mak atau ayah saya yang panggil, ayam-ayam ini akan buat bodon je. Kesian kan...hehehe

Saya paling suka waktu pagi, ayam-ayam ni akan tunggu saya sambil lepak-lepak di laman depan atau belakang rumah kami. Kadang-kadang tu mereka nampak saya berdiri depan pintu atau terdengar suara saya dari dalam rumah, mereka boleh datang berlari-lari dan buat bising kat depan pintu. Tidak semua ternakan di LPfarm tinggal di dalam plot-plot berpagar, ada baka-baka tertentu saya biarkan mereka lepas bermain-main di persekitaran rumah kami. Saja buat penyeri.

Saya suka ternakan saya jinak dan faham panggilan ni, sebabnya senang untuk ditangkap. Tak perlu berlari-lari keliling alam dan guna fishing net bagai. Just panggil nama then bagi jagung. Kan senang macamtu, ayam tak stress dan saya pon tak penat. Tapi jangan la mereka ni jinak dengan semua orang cukupla...saya juga yang susah nanti.

Walaupun setiap ternakan saya ni ada nama, tapi saya tidak pula rasa kasihan / sayang melampau sehinggakan tidak sanggup sembelih dan memakannya. Cumanya kalau mereka sakit, memang jadi tanggungjawab saya untuk mengubati mereka. Kalau mereka mati, tidak pula saya menangis sampai tidak lalu makan. Sememangnya tujuan awal saya menternak ini untuk suka-suka, untuk merasa setiap satu /makanan dan seterusnya sebagai sumber pendapatan. Sehingga kini, saya seronok sembelih dan makan ternakan yang saya ternak sendiri, tambahan lagi kalau mak saya yang masak. Awesome!!

Saya percaya satu je, kalau kita buat baik dengan ternakan kita...mereka akan dengar cakap kita. =)
.
.

No comments: