.
.
Harini cuaca OK dan meriah. Semalam punya iya-iya pergi beli kacang hijau dengan benih sayuran sebab nak mula bercucuk tanam. Sambil-sambil untuk makan sendiri, boleh bagi kat bebudak. Lagipon baja tahi arnab dah mula banyak sebab arnab pon dah mula membiak sampaikan dalam masa 2 bulan dapat 30 litters daripada 5 ibu. Jadi daripada membuang sahaja baja-baja ni, baik tanam pokok, pastu bagi bebudak makan semula. Arnab-arnab di LPfarm diajar makan rumput napier, daun pokok thai apple, selaput tunggul dan beberapa jenis lagi tumbuhan. Walaubagaimanapun, disebabkan arnab-arnab ni berkurung mereka masih dibekalkan dengan makanan pallet tapi pada jumlah yang minima bagi mencukupi keperluan diet harian mereka.
Setakat harini, saya dan mak dah tanam beberapa jenis pokok antaranya: napier, mulberry, ubi, sweet potato, labu, betik, kangkong (dah keluarkan hasil pon)...dan harini tambah lagi antaranya, kacang hijau, padi dan sejenis legume yang tatau nama apa. Sebenarnya, kacang hijau itu rendam semalam sebab nak harini plan nak bagi kat merpati yang sedang bertelur + mengeram di LPfarm. Tapi terlebih rendam dan bercambah, apalagi tamau membazir pergi la tanam kat area napier dan sepanjang pagar di luar kawasan capaian bebudak. Padi tu pula ambil dari dalam balang ikan puyu mak, ikan puyu dia sekor je tapi besar dan makan padi. Masa belek-belek ikan tu, nampak padi tu bercambah. Apalagi ambil dan tanya mak cemana nak tanam. Padi sawah, boleh ke hidup macam padi huma? Hantam sahaja...
Pasni nak tanam kacang panjang pula. Ada pagar yang boleh pokok-pokok ini memanjat nanti. Cumanya kena kawal bebudak daripada memakan pokok-pokok ni sebelum sempat berbuah. Bebudak ni sekarang, apa sahaja jenis sayur dan buah semua dia makan. Cuma bezanya, mereka suka atau tidak sahaja. Pokok-pokok ni takde guna baja dan racun kimia. Sebab memang dah ingatkan mak dari awal, kita kena berhenti guna semua tu sebab kita tinggal kat kampung. Biar sayur kita tak cantik, tapi rasa dia sedap dan selamat untuk dimakan. Lagipon baja natural dah banyak, buat apa nak membazir. =)
Dulu-dulu mak bising juga kerana saya suka tanam macam-macam pokok di sekitar kawasan rumah kami. Dia kata saya suka buat semak lepastu tatau nak jaga pokok-pokok tu bagi kemas. Seperti pokok mulberry tu, punyala susah saya nak menyakinkan dia yang pokok tu elok ditanam, saya ceritala ada orang buat jem dan jual anak dia. Lepas tu baru dia OK skit...dan sekarang ni mak dah mula menanam batang mulberry sebagai tiang pagar petak sayuran dia.
Mak juga ada bagi idea, kita elok tanam pokok adik beradik Ocimum spp. seperti kemangi, selasih, riku (betul ke nama dia camni)...dan tiga-tiga jenis tu sudah juga ditanam. Minum teh-O suam kurang manis dengan daun selasih bagus untuk kurangkan sakit kepala. Kemangi sedap dimasak bersama ikan. Riku sebagai pengubat kecacingan.
Lepas ni plan nak tanam oregano, buluh madu dan purple passion fruit. Oregano ni untuk ayam dan juga manusia. Begitu juga buluh...ayam makan daun buluh, saya makan rebungnya. Semua ni angkara membaca artikel natural farming yang banyak terdapat di internet, ilmu free cuma kena rajin mencari dengan keywords yang tepat. =)
.
.
4 comments:
tumpang tanya, dmana boleh saya dapatkan benih oregano? Tq
beli fresh herb dah siap bungkus kat hypermarket, tapi you kena pilih potongan yg tidak terlalu muda, nanti dia tidak bercambah. Ada macam-macam...pilih je. Satu pek tu bawah RM2 setiap satu =)
owh, boleh tanam guna tangkainya je ye? tq for the info :)
sebnrnya kebykkan herba tu boleh tanam guna potongan pucuk dia...tak perlu gunakan penggalak akar.
Post a Comment