Saturday, March 20, 2010

Update

.
.
Part One:
Penat sangat seminggu ni, hari2 kena duk kat reban wat keje macam2. Jadi runner la, jd porter la, jd tukang la...jadi macam2. Risau pon ada, happy pon ada. =)..tak sabar nak paksa bebudak duk kat belakang...nnt leh melandskap semula kawasan rumah.
mid-mac 2010


end-mac 2010

progress SLOW...harini dia siapkan chainlink, esok beam plak. I kena check ratio concrete yang dia gunakan, Herry kata 1:2:4, I think 1:2:3 also can untuk kerja-kerja biasa. I harini wat cleaning sekitar dan letak zink kat pagar sebelah. Tapi I suka my rebannya setting ni...each small plot can accommodate 50 GFs at one time (1@ 2sqm. I follow LR nye method), plus ada pondok kat tengah-tengah compound untuk simpan barang dan lepak-lepak. I tunggu my parcel vaccines sampai, they said around this week. Then vaccinate semua bebudak. Some more, kena start propagate rumput, lucerne, mulberry, dan semak samun. Cuaca pon semakin baik, sesuai untuk aktiviti penanaman.

Part Two:
Dalam minggu ni juga, 2 baka telah dibawa masuk ke LopehPoultry Farm; 1. Ringneck Pheasant...2. Silky Fantail (dua-dua ni dapat dari Herry ExoticAnimalFarm). Silky Fantail termasuk dalam rare breeds list yg dikeluarkan oleh Rare Breeds Pigeon Club. Untuk bacaan selanjutnya boleh refer page Darwin's Pigeons. Ringneck plak dari kumpulan subspecies Mongolian Ringneck. Mereka ni semua dah umur matang dan ready untuk membiak. Harap2 membiakla cepat...huhuhu


Part Three:
I penat. Hari-hari tidur awal. hehehe...
I kena diet, gained weight lately...aiyoo! Bebudak jd chubby takpe, not me...nanti payah plak nak bergerak keliling reban.
.
.

Wednesday, March 17, 2010

4 tahun

.
.
4 tahun tunggu untuk this moment...
at 8pm duduk depan inkubator...
ada banyak telur tengah piping...
tapi...
satu telur jadi tumpuan...
telur Ang-guard netas!
Chinese White yg keluar...
gerenti si Cik-Kop nye anak...
YEAYYYYY
.
.
ini la Cik-Kop yg suka mencium org...
hehehe....
.
.

Monday, March 8, 2010

Makan-makan

.
.
Tak pernah jumpa lagi kuih ni, semalam mak buat untuk kali pertama. I minta ubi skit dari mak untuk diberikan kat bebudak, tapi mak refused so dia pon buatla kueh. Kueh tradisional, makan zaman jepon dia kata (dah 50+ tahun tu tak pernah buat). Mula-mula I ingat mak nak buat bebola ubi goreng tu, tapi bukan. Dia kata nak buat "Ketupat Palas Ubi"...ermmm
Mula-mula mak buat camni ...daun palas dianyam jadi bentuk 3-segi, tapi belum isi ketupat lagi. Mak buat macamni untuk "latih" daun palas supaya senang nanti untuk bungkus isi dia. Bila dah diisi dengan adunan ubi (ubi kukur + garam + kelapa tua kukur), balutan daun palas tadi jadi gemuk-gemuk, jadi bentuk piramid.

Pastu mak rebus ketupat ubi yang dah siap hingga masak. Bila dah masak, mak masukkan dalam kuali, jadi macam ni. Warna daun palas pon dah berubah jadi hijau muda. Mak goreng tanpa minyak (apa istilah dia...sangai kot, tataula ini loghat negeri atau memang ada dalam kamus) selama beberapa minit. Aroma dia memang best. Cemana la rupa isi ketupat palas isi ubi ni eh? Tengok mak makan ketupat dengan gula, pastu dia buat air teh-O panas...macam sedap je dia makan. Memandangkan waktu tu dah masa minum petang, I pon joined mak semeja. I belah dua ketupat tapi I tak selera nak cecah gula, jadi I pon ambil goreng ikan puyu berlada (mak juga yang buat tengahari tadi untuk lunch)...camni la rupa kueh dalam piring.

Macam ketupat palas isi pulut juga, tapi isi dia lagi kenyal. Makan waktu panas-panas OK la...bila dah sejuk, baling kat dinding pon dia boleh melantun-lantun macam bola. Tapi I TAK try buat pon, takut kalo mak tau I buat permainan kueh dia grenti I kena sok-sek...hehehe

Apa-apa pon mekaseh mak sebab buat kueh ni yang I tak pernah tengok sebelum ni.
.
.

Friday, March 5, 2010

Stock Clearance SALE!!

.
.

1. Golden Pheasant
2. Indian Blue Peafowl
3. Embden Goose
4. White Chinese Goose
5. Grey Chinese Goose
6. Mini Cochin
7. White Silkie
.
.

Wednesday, March 3, 2010

hugh river cottage

.
.
Ingat lagi dulu2, masa tu my sis masih di UK belajar. Dia sebut pasal si Hugh utk kali pertama, I tatau apa pon sapa si Hugh ni. Then dia belikan I River Cottage Diary, siap pos...even kat envelop ada gamba katun angsa (cute...mana ntah dah katun tu). Masa ni I baru je berjinak-jinak bela ayam, ada tak sampai 10 pasang pon (leh refer my 1st entry blog ni). Masa dapat diary tu excited and happy, wahhh bestnye diary dgn nota2, colorful bagai, gambar2 menarik...ya la, diary yang serupa buku nota.

Bila dia balik Malaysia, my sis bagi I tengok cd River Cottage season 1, gambar zaman dulu2. Masa Hugh kurus2 dan tak macam River Cottage yang keluar kat Astro. Masa ni I tak alert lagi pasal free-range, organik, sustainability, animal welfare, exotics dan lain-lain. Terms yang sungguh asing. Jadi I tengok cd si Hugh dengan rasa biasa-biasa je. Apala orang ni cakap...ntahla. Seronok tengok gambar je la, sebab kat TV Malaysia manader rancangan camtu kan. =)

Tahun lepas, barula I beria-ia tengok River Cottage kat Astro. Then, kuar plak siri Chicken Run. Dua siri kat AFC Astro yang I tak penah missed nak tengok. Dan tahun lepas jugalah I dah sedar banyak pasal terma-terma asing atas tadi tu. Barula tau sapa itu Hugh. Suka je tengok cara dia ni, ada big farm, bela macam-macam dengan cara sehat, pastu masak-masak bagi orang makan. Gerakan yang dia buat membuka mata ramai orang untuk memikirkan animal welfare serta apa yang patut dimakan.

Memandangkan Astro ni suka ulang-ulang cerita dia, semalam I tengok lagi River Cottage. Macam biasa tengok dengan rasa seronok dan wahhhhh bestnye! Ada satu yang I nak share apa yang Hugh tu bebel2 semalam...Omega 3. Dia kata ada 3 faktor yang tentukan kandungan Omega 3 dalam daging ayam 1. sumber hijau...2. exercise...slow grow. Lagi gelap warna daging ayam tu lagi tinggi kandungan Omega 3 dia, tapi kalo ayam tu memang jenis daging gelap taklehla nak determine sangat (sapa2 rasa nak cuba determine benda ni, guna ayam white meat kat pasar tu tp bagi makan daun2, suh exercise, dan bela lebih 45 hari...nnt tengok perbezaannya). Lepas tu ayam2 kena exercise untuk bina muscle2 dia kerana di sini lah terdapatnya Omega-3 . Dan akhir sekali slow grow supaya lebih banyak Omega-3 dapat disimpan.

Lepas tu, dalam rancangan River Cottage semalam juga ada mengatakan dulu-dulu daging ayam ni sebagai makanan otak. Tapi harini tidak lagi, daging ayam sebagai agen penggemok je. Jadi, sapa2 yang asyik makan ayam umur 45 hari tu, sebenarnya you all makan agen penggemok badan je tanpa khasiat yang sepatutnya diperolehi dari seekor ayam. =) Makanla ikan hari-hari, tapi biarla ikan lepas bebas, bukan ikan kolam yang makan pallet atau perut ayam tu. Kalo nak juga makan ayam hari-hari, carikla ayam-ayam yang makan daun hijau + exercise + slow grow. Nak lagi sedap, leh cuba gamebirds macam guinea fowl, turkey, pheasant, merak dan lain-lain yang dibela secara free raging. =)
.
.