Untuk aidilfitri tahun ni, sebanyak 6 ekor ayam dan itik telah disemelih untuk dibuat rendang sebagai juadah hari raya. Budget masa awal tahun ingat nak semelih rabbit, tapi hajat tidak kesampaian. Stock rabbit takde, dan paling best rabbit baru nak mula membiak. Harap-harap aidilfitri tahun depan, menu daging arnab ada dalam list.
Daripada 6 ekor ayam dan itik tersebut, jumlah berat carcass yang diperolehi 11kg sahaja. Dari awal pagi kelam kabut tangkap depa ni dan dengan kunjungan pelanggan yang tidak diduga, around 10.15a.m baru siap tangkap dan pergi ke pasar untuk proses sembelihan dan bersihkan. Siap semua by 11.30a.m, bergegas balik rumah untuk urusan menghantar ayam & itik siap proses ke rumah pelanggan yang dah order awal-awal. Kesimpulannya, stock itik untuk hari raya habis terjual. Yang tinggal sekarang ni stock anak-anak untuk tahun baru cina 2010. Lengang reban skit...
Rendang siap dimasak pukul 3p.m harini. Tahun ni sowang-sowang siapkan urusan buat rendang dari menangkap ayam itik, hantar proses, menyalai, menyiang dan membeli rencah untuk ramuan masakan. Seperti tahun-tahun sebelumnya, my favorite rendang ialah rendang yang dimasak oleh Mak dan dicampur dengan nenas. Tahun ni guna nenas Josephine yang warna merah tu. Perghh...sedap sungguh Mak masak! Personally, kurengs or not in favor kalau orang lain yang masak untuk my rendang or lemang or anything else. Mak always my 1st choice, no matter what people says about somebody good cookings, the foods still not taste the same as Mak's. Rasanya kena mula kumpulkan resepi-resepi Mak yang mana sesetengahnya memang favorite bagi orang yang menyukai masakan tradisional Negeri Sembilan, terutamanya rendang Mak.
Kepada semua yang membaca blog ini, saya mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin.
No comments:
Post a Comment