Lately, kurang dah lalat dan bau walopon anak ayam tinggal dalam setor dan dapur belakang. Even sangkar rebit kat area bath ayah tu pon dah tak berbau apa. Dan yang paling best, mak tak bising dan komen2. Kena jaga hati dia sebab kadang-kadang bila takde kat rumah dia yg kena jaga ayam-ayam tu. Secretnya...hari2 sembur EM. EM ni dapat free je aritu dari kawan-kawan...depa bagi sebab nak minta tolong bagi feedback kepada EM keluaran masing-masing.
Tapi rasanya kena bajar wat sendri pasni untuk kegunaan yg semakin meningkat. Lagipon dari pembacaan, senang je nak wat EM ni...tambahan raw materials dia banyak dan senang nak dapat. Tapi yang perasan la, raw material untuk wat EM ni akan memberi kesan kepada bau EM tu sendri. Ada EM tu bau dia kuat semacam, ada tu bau dia mild je.
Kalo dah terlebih production nanti, buang je dalam mana-mana sungai or parit...kira ni dah jadi keja amal lak. Tapi no hal la tu...kos dia bukan mahal pon...20posen je. Silap-silap haribulan, abis semua kawasan rumah dan reban disembur EM...pokok-pokok pon cantik semacam.
No comments:
Post a Comment