Wednesday, July 1, 2009

nota : inkubator & kekalkan anak ayam sihat

Yang sedang gunakan alat ini-kalau nak setting temperature mesti beli clinical thermometer dan letakan 1 inci dari paras jaring letak telur. Incubator in force air incubator(ada pam angin). Modify dengan tambah lubang, utk tak pakai pam angin.

1) mentol warna merah
mentol merah ni di gunakan untuk anak2 ayam dari usia 1 sengga la ke 2 minggu, ini bertujuan untuk menjadikan anak2 ayam aktif bergerak, makan dan menambahkan lagi kekuatan pada otot2 nya.Bila ayam broiler diberi cahaya berwarna merah aktiviti berdiri, berjalan, makan dan minum akan meningkat. Selain itu ayam juga akan sering mematuk, mengais dedak/bijirin dan membentangkan sayapnya. Pada dasarnya, warna merah akan menjadikan ayam agresif . warna merah amat disarankan untuk jangka masa di dalam brooder dari usia 1-2 minggu. Dengan warna merah aktiviti ayam akan berlaku, kesannya pengambilan makanan adalah mencukupi

2) mentol warna biru / hijau
warna biru dan hijau akan mengontrol aktiviti ayam broiler agar tidak berlebihan. Dalam keadaan yang “lebih tenang“ ini warna biru dan hijau akan menggertak sintesa protein dan memberikan kesempatan pada ayam untuk melakukan proliferasi atau perbanyakan dari serabut-serabut otot. Pada keadaan ini tenaga untuk maintenance ( pemeliharaan ) dapat ditekan dan dapat dimanfaatkan untuk pertumbuhan. so di sini kita nampak, warna hijau lebih baik dibandingkan dengan biru untuk proses membina daging (Israel, 1999). warna hijau menjadi warna ‘favorite’ ayam dari masa lepas brooding.


Anak ayam ni lepas usia 3 hari masuk dlm brooder kasi jer minum air suam, esok nya baru tukar air lain yg di campurkan dgn vitamin. nak kasi makan biar dia dah berumur 4 hari baru la ok. sbbnya dulu aku letak ayam dlm brooder kasi dia minum dan makan terus. akibatnya anak2 ayam byk kena berak kapur. tp bila aku praktikkan cara kasi makan selewat usia 4/5 hari aku tgk masalah berak kapur dah x berlaku. yg terjadi pun berak melekat kt bulu tu jer.(rebung)

JANGAN SEJUKKAN ayam pada usia muda, kalau masa muda ayam sejuk, ayam tak boleh tahan masa dah berumur 30 hari atas... Sebab bila ayam dah biasa sejuk, ayam tu nak lebih sejuk bila dah berusia... tapi, bila kita tak boleh bagi sejuk, then only one thing happen.. ayam akan mati...


No comments: