Sekarang dah mula season anak ayam mutiara a.k.a keets menetas. Tahun ni jumlah ibu baka tak sebyk tahun lepas, tinggal tak sampai 20 ekor semuanya. Hari-hari hanya mampu kutip dalam 5-6 biji telur je, itupon kalau terjumpa..kalo tak...samada dimakan biawak atau hilang la. Maklumla ayam ni suka bertelur bersepah2...cuma induk tua je yang 'nesting train' yg ibu muda semua main suka cicir sana sini. Keets dari sarang pertama dah mula netas...best betui rasa! Dah lama tak rasa seronok macam ni. Tapi semua warna biasa je...lavender tader la plak yang netas. Mungkin lavender dalam batch lain kot...hopefully adala...
Last 2 weeks dapat beli sepasang pied umo sebulan lebih. Mahal la jugak..tp takpe, beli jugak untuk tambah koleksi. Harini pergi kedai dedak, lepak2 situ borak dgn tokey dan kawan...sambil borak2 ternampak dalam sangkar ada keets...huh! ada lagi pied...rezeki kita murah harini, dapat lagi pied...bertambah lagi bilangan pied dalam reban. Rasanya umur pied keets ni below 1 month...keadaan mereka cergas dan bunyik bising. Hopefully, depa ni akan membesar sihat sebagai johan. Dan dlm tahun depan, keluarla baka pied dari reban sendri.
Reban kecik dah tak cukup, nak kena buat lagi. Tapi masa tak pernah cukup akhir-akhir ni. Setakat ni sempat angkat kayu bawa gi kat kawasan berpagar belakang tu je...lain-lain tak mampu nak buat. Gergaji pon belum bagi kat wak nak minta dia tolong asahkan...esok pagi la bagi kat wak masa gi tengok pogress dia wat accessible stairs. Accessible stairs ni my boss kata nak didokumenkan as for us to determine the standards.
My goal tahun ni nak kumpul ayam mutiara at leasti 100 ekor termasuk besar dan kecik. Kalo dapat kumpulkan lebih daripada tu lagi bagus. Dan cuba untuk bawa masuk dari pelbagai sumber, bukan anak dari baka sendri. Dan kalo boleh juga, nak cari yang warna putih pulak...kalo dapat kumpul 4 jenis warna ni, i epi sungguh dah! DAN satu lagi my goal...mengenali jantina keets. Mesti ada caranya, dan mesti tahu.
Cepatla kowang keets membesar, dah tak sabar ni...
1 comment:
Hi,
Just passing thru and saw that you want some white guinea fowls. Will be pleased to let u have some.
Email me at hs_wong33@yahoo.com
Post a Comment