Dah lama rasanya mengabaikan kebajikan ayam2 & itik2. Mereka ni perlukan tempat tinggal yg lebih selesa. Bukan yg sebelum ni kurang selesa tapi dah sesak. Nanti lari pula konsep reban dan cara ternakan ni. Ia2 bela2 free range tapi duk bersesak kat reban, dan ayam itik tak epi. Itu dah dikira tak free range. Lagipon ayam itik stress ni lambat membesar dan senang dapat sakit.
Harini sempat pergi ke kedai 2nd hand cari barang2 nak wat extension reban. Tak beli pape pon cuma gi tgk2 je dulu dan tanya2 harga. Nanti senang nak budget reban besar mana dan kos byk mana pula. Tapi memang berbaloi la, kurang hampir 50% kos daripada kos barang2 baru.
Idea dan design utkt reban dah ada, cuma masa belum mengizinkan utk memulakan 'projek' ini. Rekabentuk ikut a.k.a copy dari forumer BJ punya...amik sana sikit, sini sikit. Sendri bikin, nak upah org tak padan la, lagi satu perabih duit ja. Bukan tak boleh buat sendri cuma keje perlahan skit...itu jer la bezanya. Bayangkan la, kalo upah org buat...kos upah shj di antara 7:10 dan 8:10...daripada bayar mereka ni untuk kerja yg boleh dibuat sendri lebih baik beli barang2 atau stok ternakan lain, lagi berbaloi. Semakin hari, semakin pandai membuat kira2 dan berkira...hehehehe
Musim hujan pun dah mula tiba. Rasanya sejak jumaat lepas sampai harini, hujan setiap petang. Kesian kat g.fowl terpaksa berhujan. Nanti lama2 demam plak. Tuan jugak yang susah.
Lagi satu, terasa malu juga bila tengok reban ayam sendri tak macam reban ayam orang lain...hehehe. Kena invest 4 reban sebab ada 4 jenis ayam, depa ni taleh tdo sama2...nnt duk patuk2 dan plaing teruk, nnt ada pulak yg patah sebab terjatuh. Tuan jugak yg susah lagi.
No comments:
Post a Comment