Thursday, February 25, 2010

baru balik...

.
.
Isnin sampai khamis tader, reban terpaksa minta tolong jasa baik keluarga untuk jaga. Dahla musim anak ayam netas, my favorite breeds lak tu. Tapi nak buat cemana...benda dah dirancang, kena follow. Cuti-cuti sebelum pulun keje sepanjang tahun untuk poultry dan access audit.

Sepanjang cuti-cuti tu, adala yg best dan tak best. Yang tak best makanan memang tak sedap. Tak kirala makanan tempatan atau luar. Satu je yg best...ACAR (basic ingredient timun + carrot). Itupon makan masa kat Hyatt. Siap sempat tanya chef dia cemana dia buat...ya la, dah chef tu duk ja berdiri kat tepi, I pon tanyala. Semua bahan natural katanya. Hajat di hati nak try makanan penduduk tempatan, street food ke apa (konon2 nak jadi mcm kat cenel travel&living)...huhu...then tak berani ah nak cuba. Rupa dahla tak tempting apakan nak rasa (agaknye laaa). Gi makan kat McD pon kelakar...fries rasa macam kentang goreng biasa kat rumah, yang kat pasar malam pon lagi best. Time ni la rasa syukurnya tinggal kat Mesia...

Satu ja benda yang rasanya ok skit...dapat bawa balik buah markisa (passionfruit) dengan avocado. Markisa tu manis giler, rasa nak propagate lepas ni. Not that juicy la macam yang variety kulit kuning atau purple, tapi memang manis dan rasa kuat. Nanti I post gambar kat sini. Part buah-buahan segar memang best la. Cari2 juga vanilla...anggur ke, tak jumpa la plak. Kopi dengan koko je yang banyak.

Masa kat sana sempat tengok ayam cemani dengan ayam sabung dengan lembu bali. Ayam sabung jual tepi-tepi jalan je mcm orang kat Mesia ni jual ayam kampung. Van driver kata, ayam2 tu baka ayam Filipina...tapi I tak berminat sangat, jadi wat bodon jer la. Ayam cemani lak duk main-main je kat lorong2 area kampung. Lembu bali plak kat area sawah...punyala gemok, memang cantik. Itik-itik main-main dalam saliran. At least I dapat tengok benda yang ada dalam kepala...(gambar lupa nak copy, tunggu isnin ke selasa baru leh tepek sini)

Dah balik ni, kenala siapkan reban dan order sumer...cuaca panas.

Arghhhhh...banyaknye keje kena buat!!
.
.

2 comments:

Nor Rasidah said...

you patut cuba kopi luwak tu.... nanti you buat lah kopi luwak pakai arnab pulak....uwekkkk!!!

LopehPoultry Farm said...

boleh je tunggu kopi kat rumah baghuh tu berbuah...eh, i dah jab si moknab dgn arnab lain2, kecuali yg beranak tu.