.
.
Sejak 2 menjak ni, I sibuk giler dengan rutin seharian. Terkejar ke sana ke mari untuk memenuhi keperluan reban dan ayam semua serta keluarga. Walaupun badan penat dan mata mengantuk, still kuatkan semangat gi reban. Kadang-kadang sampai terlelap depan tv lepas waktu makan tengahari, sure pastu ayah akan suruh mak off tv...nak buat macam mana semua nak buat sendri, inilah akibatnya. Memang seharusnya buat sendiri pun, kapasiti reban bukan level beribu ke apa...cuma beberapa ratus je. Bunyi ayat ni seperti mengeluh, tapi tak mengeluh pon bahkan happy sebabnya ada kehidupan sendiri dan running reban sendiri. Jatuh naik semua sendiri. Tapi I will never & ever forget to all my supporters and helpers behind this small poultry farm. Without em, I'm nobody.
Now, I tengah duk counting days menunggu ketibaan beberapa jenis baka baru ke reban. Hopefully by Sept 2010, we're at full capacity and 'm totally the Nepal of LPfarm. LOL..
Bermula sebagai hobby dan keinginan merasa keenakan gamebirds, harini I mampu menternak untuk dijual kepada yang berminat. Walau tak banyak mana incomenya...tapi the progress is there. Dan totally daripada jualan ternakan dan bukan dari lain-lain perkhidmatan. Dari pendapatan tak seberapa ni, I invest dengan membeli baka-baka yang I rasa ada potensi jangkamasa panjang.
My b'day is just around d corner...I wish for ostrich chicks this time. Nak wish lembu atau kamben, nanti lari pulak konsep LPfarm...hehehehe...best! best!
Musim bertelur masih lagi ada beberapa bulan sebelum tamat pada September nanti. Jadi semua inkubator pada tahap "FULL"...dan setiap 3 hari ada je netas baru. Tapi batch yang netas kali ada menampakkan kesan daripada hasil pemilihan dan pengasingan induk baka yang dilakukan pada Mei lepas. Konsep penternakan gamebirds mungkin sama dengan ayam biasa, tapi cara menternak dan pengurusannya agak berbeza.
Harini, kejadian paling giler berlaku masa check telur dalam inkubator. Ada 1 tray I keluarkan sebab I tengok tarikh dia macam dah expiring. Tapi nasib baik la, I buat double checked...rupa-rupanya hari netas telur-telur tu lg 2 hari. Kelam kabut masukkan dalam hatcher. Kalo la I tak buat double checked tadi tu, sure esok pagi semua ayam makan telur rebus special, yang dinamakan Balut. Makanan tradisonal orang Filipina. Dan I pulak menangis sensowang sebab dah bazir 1 tray telur yang sepatutnya menetas hasilkan anak ayam. Jadi kesimpulnya kita jangan careless buat apa pun.
Dalam I happy kat reban layan ayam bagai, hati I beberapa kali panas dek angkara mulut orang. I pon tatau la apa masalah orang-orang ni. Kita tak kacau dia, tapi kenapa dia suka nak busy body hal kita. Kita tak bagi datang lawat reban, nak bising satu alam. Kita tak jual product kita, pon bising juga. Kita jual harga lebih sikit, sure bising punya la. Ni kita jual harga murah pon, masih juga berbunyi. Ada yang kata I nak conquer satu Malaya la, apa la...sampai satu tahap rasa nak menangis dah. Nasib baik ada kawan untuk comfortkan keadaan.
Ini komen LPfarm:
1. LPfarm buat polisi takde farm visit semuanya atas sebab keselamatan ternakan dan reban. Ternakan akan stress kalo asyik tengok muka orang mereka tak kenal. Penyebaran penyakit dari luar pun senang nak sampai nanti kalau kami tidak mengambil langkah-langkah berjaga ni. Yang peliknya orang yang bising-bising ni, semua penternak dan ada reban macam kami juga, tapi kenapa mereka ni tak faham langkah keselamatan yang kami terpaksa ambil ?
2. Kemudian, kami membuat keputusan untuk tidak menjual selain daripada Standard & Pied GF. Sebabnya adalah stok kami belum mencapai target untuk keperluan dan kegunaan LPfarm sendiri. Bukan sebab nak conquer satu Malaya ke apa, cuma LPfarm belum mampu untuk menjual baka-baka ini kepada pihak luar. Kami menternak untuk berniaga seperti orang lain juga, jadi bila keperluan sendiri sudah mencukupi, kami semestinya akan menjualnya kepada yang berminat. Jadi pihak LPfarm amat berterima kasih sekiranya pihak yang berminat boleh bersabar dan mendoakan kejayaan kami untuk membiakbaka baka-baka tersebut.
Cheer =)
.
.
No comments:
Post a Comment