Sunday, June 7, 2009

macam senang

Dah beberapa hari duk usha pasal arnab...rasa teringin la pulak nak membela macam dulu2. Nampak senang...dan menyenangkan orang lain incase kena gi kerja luar lagi. Kali ni kalo mau terlibat lagi pasal arnab ni, kena wat perkiraan betui2 tak macam yg sebelum ni yg mana cuma utk suka2 sahaja.
baka apa nak dibela...kampung? angora? lop?
makanan apa nak diberi...dedak kambing? dedak rebit? jagung? napier?
sangkar mcm mana nak suh depa ni lepak2...rumah teres? rumah pangsa?
berapa pasang kena ada sebangai permulaan...2? 4? 6?
...dan paling best, sapa pulak nak tlg buatkan sangkar depa...hehehehehe

Tapi seriously pada pendapat aku memang dikirakan senang berbanding bela ayam. Kalo aku buat benda ni betul2, aku kena kira semuanya. Berapa kali arnab beranak setahun? Purata bilangan anak berapa pulak? Peringatan untuk diri sendri, lepas ni kalo nak beli baka...kena tnya kat penjual, arnab yang dia jual tu history berapa ekor anak skali beranak. Sungguh teruja la benda ni...at least nanti2 ada bekalan daging fresh dan tayah lagi mkn daging lembu. Lgpon orang-orang kat rumah ni kureng mkn lembu. Kena yakin ni...aku mesti buat!

*
tu gamba dabit aku dulu2...seminggu sekilo kerot utk depa je

No comments: