Friday, January 30, 2009

Sg Timon. buaya..kelip2..dan...udang galah

Harini, baru balik dari Sg Timon. Penat. Penat. Dan penat TAPI berbaloi. 2 hari semalam di tapak bersama2 para penyelidik dr UPM dan org tempatan dapat memberikan pengalaman baru. Selama ni duk tengok buaya sun bathing kat tv je..semlm dpt tgk dgn mata sendri..perghh seronok betui daa. Walopun tak dpt tgk depa berebut makanan mcm kat Animal Planet, takat dpt tgk depa libas ekor ngan wat buih2 air pon jadi laa. Other than that, tengok nelayan dan org awam yang datang utk memancing udang galah yg lepas liar dalam sungai tu.
Pada sebelah malam, beramai2 gi tgk kelip2. Sambil2 tu belajar pasal kelip2 plak. Masa ni dpt tgk pokok2 berkelip2 dgn lampu kecik2 kaler kuning...macam raya plak rasanya. Ingat nak juga melihat aktiviti buaya di malam hari, tapi rezeki takde. Ini berikutan kami terpaksa pendekkan masa dlm bot kerana hujan yg dah mula renyai2 turun. Akhirnya, sepanjang malam tu kami gi berjalan2 di Masjid Tanah, cari makanan...lapar giler! Balik dr makan2...terlepak dlm chalet tgk citer Korea...sampai terlelap.
Actually semua ni aktiviti utk melarikan diri dari keje2 kat reban dan site. Pastu nak asah skill guna SLR camera. Terfikir juga sebenarnya nak pusing2 area situ cari baka ayam yg menarik, tapi tak jumpa satu pon. Semua biasa2 je. Yang dpt bawa balik hanya sekilo udang galah dan beberapa btg anak pokok malalucae cajaputi...ingat nak tanam pokok ni kat rumah lama mak di tepi sawah tu. Kalo hidup nnt sure menarik!
Masa di Sg Timon, kami ada membincangkan hal2 berkenaan hutan bakau, kelip2, buaya dan eko-tourism di situ. Pembangunan yg tidak terancang serta mencari untung jangka pendek telah merosakkan pemandangan dan ekologi di sini. Di dapati populasi kelip2 dan buaya serta udang semakin berkurangan. I think when they planning to develop this site, they never asked for consultation or help from the experts. I can bet within 2 years, if no one alert with this problem, Sg Timon dan kelip2, buaya & udang akan hilang ke'glamor'annye.
Harapan, para penyelidik UPM ini akan menghasilkan satu hasil kajian yang dapat memberi idea, cadangan menarik, yang mana dapat membuka mata semua pihak dlm pentingnya memelihara alam sekitar untuk jangkamasa panjang.

No comments: