Tuesday, December 16, 2008

Telur

Semalam kali pertama beli telur kat kedai sejak 2005. Ingat lagi dulu harga telur A baru 25sen sebiji, sekarang ni dah 33sen. Pergh terkejut betui. Itu belum beli telur ayam yg branded dan plus omega3, sekotak 10biji je dah rm4.50. Tapi kerana terdesak, terpaksa gakla beli sbb dah teringin sgt na makan roti john buatan sendri, siap survey kat internet tu resepi. (Telur ayam kampung dipasaran dijual pd harga rm0.50 - rm0.90 bergantung pada lokasi.)
Memang berbeza sungguh telur ayam kedai dgn telur ayam dari reban sendri. Rupa fizikal pon berbeza, cengkerang ayam free range permukaan licin dan halus, warna cengkerang dr off-white hingga ke coklat pudar bergantung pada baka, serta saiz sedikit kecil berbanding telur ayam kedai. Walopun saiz kecil, tp berani gerenti kuning telur(yolks) sama or lebih besar dari telur ayam kedai.
Kat gambar sebelah tu dua2 tu gambar telur ayam dr reban sendri tapi dari baka berlainan, baka ayam telur tp ternak free range (kiri) & guinea fowl (kanan), bentuk dan warna egg yolk untuk g.fowl lagi ketara. Ayam2 ternak sendri ni bebas cari mknan sendri dan makan byk tumbuhan hijau jadi pigment warna kuning dia lagi pekat, dan keadaan ni yg tentukan tinggi or rendah kandung nutrisi sesuatu jenis telur ayam tu. Tp feed additives spt marigold petal, alga kering atau alfalfa meal juga boleh digunakan utk jadikan telur warna kuning, kat reban sendri taderla nak bg additives sbb ayam2 ni dah memang lepas untuk pilih rumput apa mereka nak makan dan byk mana meraka suka setiap hari. Tu pasal semua sayur kena pagar kat rumah ni kalo tak memang tak merasa la jawabnye...hehehehe. Selain daripada tu, putih telur terbentuk di sekeliling telur kuning, ratio kuning dan putih 1:1 dan kurang cair berbanding telur ayam yg dibeli di kedai. Makan telur putih banyak2 pon bukan elok, serupa kata org "makan utk kenyangkan perut shj tp khasiat tader" hehehehe. Telur ayam free range ni mengandungi kandungan yg tinggi untuk Omega3, vit A & E, rendah lemak, lemak tepu, cholesterol dan Omega6.
Inila untungnya bila duduk kampung, hampir semua yg dimakan tau punca dia, nak dpt sayur organik pon murah dah tu fresh plak, cuma yg perlu dibuat pergi kat pasar dan beli dari makcik atau nenek yg jual kecil-kecilan. Tanya kat mereka ni tanam sendri ke, mereka ni takkan tipunye =) lgpon at least kita bleh bantu diaorg kan. (Me hepi makan sayur kampung setiap hari!!)

No comments: