Sunday, December 28, 2008

Cendawan

hmmm tetiba rajin nak berfikir luar dari ayam n itik harini, tahun baru pun dah mula, kena fikir benda baru, tp yg lama tak dilupakan malah dipertingkatkan dan diperbetuikan apa yg salah sebelum2 ni. Rasa nak tanam cendawan plak la, tanam utk mkn sendri2. Favret sejak dulu2, lagipon bagus mkn cendawan, mengurangkan risiko kena cancer. Maklumla sejak kecik sampai skrg ni ntah brp byk dah 'racun' duk makan tiap2 hari. Risau..risau..
Baru perasan kat rumah ni byk lagi kawasan yg bleh dimaksimumkan penggunaan ruangnya. Manatau nnt dah berlebih hasil tuaian blehla supply kat mana2 kan. Sounds fun. Td terjumpa dah supplier yg bleh supply brg2 nak wat 'eksperimen' tnm cendawan ni. Kos pon kira murah je. Kalo ok barula kita expend mcm buat ayam ni dulu. Tapi ayam mkn cendawan ke? hehehe...
Tgk cr pengusaha cendawan ni wat sempoi je, dan mcm senang. Tapi tataula realiti cemana, senang juga kot. Lagipon ilmu bleh dicari, tambahan lg internet dah dihujung jari, cuma mau dan tak mau belajar shj skrg ni. Yeah! i'll put some of my budget for CENDAWAN tahun ni.

Kimchi


Harini setelah seminggu bercita2 nak wat kimchi sendri, akhirnya jd kenyataan gak. Semlm beria2 gi pasar beli barang selepas abih keje ambil stok hampas kelapa ngan sayur terbuang dr pakcik2 pasar. Rasa nak cuti 2 3 hari drpd gi pasar. Penat..penat..penat....
Kimchi ni nanti kalo tak menjadi rs dia mcm kat restoren korea tu, nampaknya kenalah sedekah kat ayam2 di reban. Sure bebudak turkey yg akan beria2 berebut habihkan dlm through mknan, seperti biasa. Depa ni gila mkn sayur, kadang2 lebihan serai dlm lauk lemak kuning pon depa giler berebut. Lately, bebudak turkey ni duk perabih pokok sireh, pandan ngan "pucuk peper"...sampaikan kena pagar dah semua tu. Yang bestnye, tataula nnt rasa daging turkey ni cemana..ntah2 berperisa pedas cam sireh, wangi seperti pandan dan sedikit kelat cam pucuk peper. hehehe
Berbalik pd kimchi td, terlupa letak saseme seeds la plak. Sure nnt tak wangi dan rs sedap sgt. Huhuhu...takpe, lepas2 ni leh try letak lg. Lagipon kimchi elok untuk intestinal health
sbb dia ada good bacteria mcm dlm yakult tu. Dan semua bahan2 tak dimasak serta kaya serat.
Sekarang ni semua ambilkira, mkn apa dan minum apa. Umur dah meningkat, kalo asik mkn ayam dan telur je selalu, bahaya gak. Keje jaga ayam ni bukanla byk sgt exercise, lebih2 pon angkat barang, berlari sekali sekala waktu kejar ayam untuk ditangkap...selain drpd masa tu terlepak dan keje rileks2 (tengok ayam laa...). So far blum ada lg kena sakit teruk, demam pun 2 3 bulan sekali. Yang kerap sikit sakit, kena sore throat. Tapi ubat dia sng ja, gi klinik minta ubat gargle pastu okla. Salah sendiri juga sapa suh contact dgn ayam itik tak pakai mask...huhuhu
Sapa2 rs nak wat eksperimen sendri utk buat kimchi, lehla gi direct kat url ni, kimchi ...hopefully menjadi la kan. Selamat Menyambut Maal Hijrah. Harap2 tahun baru ni dimurahkan rezeki dan ayam itik bertambah bilangan serta sihat2 semua. Amin.

>> kimchi cubaan wat pertama kali ni masin gegiler...sampai rs pahit...aritu masa cured kobis tu terletak byk garam padahal rendam dlm air garam je. Sekarang ni dh jadi cam ikan masin lak...kekekeke

Monday, December 22, 2008

Frizzle Chicken


Ayam bulu balik or frizzle chicken ni saiz sama je or lebih kurang dengan ayam kampung standard tu...cuma mostly balung dia jenis single comb. Kalo gi kat pasar, tokey2 cina suka ayam single comb tapi tatau kenapa. Ayam ni nampak gemok sebab bulu dia je.
Ada orang kampung duk kata, ayam ni buat tangkal untuk elakkan sakit ayam. Tatau la kebenaran dia. Sampaikan masa beli baka yang pertama tu dulu, tuan dia siap tanya "ayam ni nak buat tangkal ke?" sy senyum je tatau nak kata apa, sbb tatau apa maksud tangkal tu.

Kadang-kadang ayam ni jadi bulu terbalik sbb ada mutasi kat gen dia. Sbb mak penah ckp dulu, dia penah bela ayam bulu terbalik dan ayam bulu halus padahal dia tak penah invest any breed pon. Tapi yg ada sekarang ni mmg baka betui, sbb bila yg induk tu bertelur n dan menetas...100% anak dia jd terbalik. Lagipon mmg bela sepsg ayam ni. Telur dia cengekrang warna kemerahan, differ dr ayam kampung. Nice la kalo nak eramkan. Ibu ayam ni pandai jaga anak dan perajin.
Pasni rasa nak gi "kawin' kan ayam ni dgn silkie lak. Harap2 nnt menjadi silkie bulu terbalik. huhuhu sure gebus semcm silkie. So far yg menjadi pon silkie leher botak, ada jambul dan berbulu kaki. Siap letak nama "Botak", dan jinak. Saiz badan dah tak mcm silkie, kaler daging pon dah tak itam. "Botak" ni kaki dia panjang dan rangka dia besar. Hopefully nanti jadi besar cam ayam gajah. Seronok tgk je la....alamak dah kul 2ptg...nak gi bg depa ni lunch n masak mknan depa. Nanti lambat2m diri sendri gak yg susah.

Tuesday, December 16, 2008

Telur

Semalam kali pertama beli telur kat kedai sejak 2005. Ingat lagi dulu harga telur A baru 25sen sebiji, sekarang ni dah 33sen. Pergh terkejut betui. Itu belum beli telur ayam yg branded dan plus omega3, sekotak 10biji je dah rm4.50. Tapi kerana terdesak, terpaksa gakla beli sbb dah teringin sgt na makan roti john buatan sendri, siap survey kat internet tu resepi. (Telur ayam kampung dipasaran dijual pd harga rm0.50 - rm0.90 bergantung pada lokasi.)
Memang berbeza sungguh telur ayam kedai dgn telur ayam dari reban sendri. Rupa fizikal pon berbeza, cengkerang ayam free range permukaan licin dan halus, warna cengkerang dr off-white hingga ke coklat pudar bergantung pada baka, serta saiz sedikit kecil berbanding telur ayam kedai. Walopun saiz kecil, tp berani gerenti kuning telur(yolks) sama or lebih besar dari telur ayam kedai.
Kat gambar sebelah tu dua2 tu gambar telur ayam dr reban sendri tapi dari baka berlainan, baka ayam telur tp ternak free range (kiri) & guinea fowl (kanan), bentuk dan warna egg yolk untuk g.fowl lagi ketara. Ayam2 ternak sendri ni bebas cari mknan sendri dan makan byk tumbuhan hijau jadi pigment warna kuning dia lagi pekat, dan keadaan ni yg tentukan tinggi or rendah kandung nutrisi sesuatu jenis telur ayam tu. Tp feed additives spt marigold petal, alga kering atau alfalfa meal juga boleh digunakan utk jadikan telur warna kuning, kat reban sendri taderla nak bg additives sbb ayam2 ni dah memang lepas untuk pilih rumput apa mereka nak makan dan byk mana meraka suka setiap hari. Tu pasal semua sayur kena pagar kat rumah ni kalo tak memang tak merasa la jawabnye...hehehehe. Selain daripada tu, putih telur terbentuk di sekeliling telur kuning, ratio kuning dan putih 1:1 dan kurang cair berbanding telur ayam yg dibeli di kedai. Makan telur putih banyak2 pon bukan elok, serupa kata org "makan utk kenyangkan perut shj tp khasiat tader" hehehehe. Telur ayam free range ni mengandungi kandungan yg tinggi untuk Omega3, vit A & E, rendah lemak, lemak tepu, cholesterol dan Omega6.
Inila untungnya bila duduk kampung, hampir semua yg dimakan tau punca dia, nak dpt sayur organik pon murah dah tu fresh plak, cuma yg perlu dibuat pergi kat pasar dan beli dari makcik atau nenek yg jual kecil-kecilan. Tanya kat mereka ni tanam sendri ke, mereka ni takkan tipunye =) lgpon at least kita bleh bantu diaorg kan. (Me hepi makan sayur kampung setiap hari!!)

Saturday, December 13, 2008

what came first?


"what came first, the egg or the chicken.." jawapan dia mestila ayam dulu..hehehe. Sbb logiknya takkanla telur nak menetas kalo tader ibu ayam nak eramkan dan pastu tader sapa nak jaga dia bila menetas. Serupa gakla dgn lopehpoultry ni dulu2, semua bermula dengan sepasang ayam dan berkembang biak jd banyak. Untuk jd kembang biak ni kena belajar dari banyak sumber, from A-Z...semuanya dari buku, internet dan lisan dari orang2 yg dah lama bergelumang dgn taik ayam itik. Tapi paling penting sebelum semua diatas tu, kena ada minat dan rasa sayang pada haiwan. Kalo semata2 bela sbb nak cari duit, susah gak nak menjadi...sbb tak semestinya usaha akan nampak hasil dlm sekelip mata. Kadang2 ambil masa setahun atau lebih...atau tidak pon kena mula semula dari bawah. Sejak mula bela pada taun 2005 sampaila sekarang ni, macam2 permasalahan dihadapi. Sampai penah sekali bila outbreak melanda memang terasa nak give-up terus dah sebab dah broke giler. Tapi semua ni standard la kan, sama cam waktu belajar dulu2 gak, ada masa senang je jalannya tp ada masa2 tu kena ulang 2 3 kali cuma jangan failed terus dahla. Nanti rugi semua yg dilaburkan dan diusahakan. Ilmu kena ada bila nak buat sesuatu. Jangan sesekali rasa dah cukup ilmu or pengetahuan sbb benda2 ni up-to-date dan setiap benda tu sama dr segi basic dia tapi bila didalami ada byk cabang dia. Contohnya la, bela turkey tak sama mcm ayam kampung, turkey di awal pembesaran perlukan very hi-protien feed tp ayam kampung tak mcm tu, and so on. So kira keywords kat sini, "GOAL + ILMU + MINAT + GIGIH + SAYANG = HAPPY APA YG DIBUAT" =)

Friday, December 12, 2008

Starting Batch

Batch pertama masa mula-mula bela ayam dulu dalam akhir tahun 2005. Masa ni bukan ingat nak bela untuk jual pun, just suka2 untuk mkn sendri, bleh kira berapa ekor dan berapa jenis je ada dalam gambar tu (guinea fowl sepasang+ayam telur 2 ekor+ayam gajah sepasang+pekin duck sepasang). Time tu pon kawasan reban hijau lg dgn rumput...sekarang dah bertukar jadi tanah je. Ayam-ayam dalam gambar ni dah jadi legacy, semua sudah dijadikan lauk raya. Memang best bila makan dari usaha kita sendri. Harini yang tinggal anak-anak or cucu cicit, dan ditambah lagi beberapa jenis baka lain..ada 12 jenis semuanya. Semakin ceria serta kecoh kawasan reban...tidak kira waktu, siang atau malam. =)