Saturday, January 29, 2011

HUJAN LAGIII.

.
.
Sejak Rabu lepas hingga harini, hujan lagi dan lagi dan lagi, siang dan malam. Hingga tatau bila akan berhenti. Dalam sehari dia berhenti atau gerimis hanya cukup masa untuk memberi bebudak makan. Nasib baik la kan. So, kenala cecepat kejar peluang. Banjir tiada. Bebudak duduk atas perching area saja...ada matahari diaorang keluar berjemur. Anak-anak kecil duduk reban atas.
Tahun ni, awal-awal lagi kita semua sudah diuji dengan pelbagai permasalahan, penyakit dan cuaca yang tidak menentu. Banyak impak kepada perjalanan penternakan, dari segi kos dan tanggungan yang terpaksa dihadapi. Setiap masa kena berjaga-jaga dengan perkembangan di reban. Memandangkan reban kami bersebelahan hutan, bila pergi ke area reban saya takutkan kedatangan ular. Mesti saya kelam kabut seperti kejadian sebelum-sebelum ini.
Pagar di kawasan range sempat dibaikpulih pada hari cuaca cerah lepas, jadi pencerobohan babi hutan sudah dapat di atasi. Walaubagaimanapun, tahun lepas kawasan kami telah dicerobohi mereka ini. Big loss juga.
Harini, buat pertama kali sejak mula La Tour de Langkawi, takde diaorang gunakan jalan depan rumah ni. My Whittey menjerit-jerit sambil berlari-lari...benda baru untuk dia. Lagipon lately dia memang dia suka menjerit pon. Jangan demam sudah bila main hujan camni =)
Esok hari terakhir untuk jualan ayam / itik untuk CNY, kira hari terakhir nak tangkap ayam dalam keadaan berhujan dan itula juga order terakhir bagi tahun ni. Habis semua stok saya tolak keluar. Tinggal induk baka dan anak-anak tak cukup umur sahaja.

Otak saya pon dah bertukar lembab selembab cuaca.
.
.
update...hujan berhenti pada 3.40a.m (Jan 31)
.
hujan lagiiiii...main hujan lagi...jimat bil air


Sampar / Newcastle Disease (ND)

.
.
Outbreak ND kali yang melanda negara amat teruk sekali pada pemerhatian saya. Pada tahun 2008 dan 2009 ada juga kedengaran kes ND, tapi hanyalah kes-kes terpencil, tidak bersifat acute. Pada pertengahan tahun 2010, kes pertama mula ada. Kemudiannya merebak ke setiap negeri, ke setiap pelusuk kawasan, tidak kira pendalaman mahupun pinggiran bandar. ND kali ini juga merebak ke ladang-ladang komersial.
Kes pada peringkat awal bersifat epizootic (mati serentak dan mendadak), dan kini telah beralih kepada enzootic (mati seekor dua dan berlanjutan). Yang mana ramai para penternak menggelarnya "2nd wave"..."3rd wave". Ayam-ayam yang terselamat daripada kes epizootic, walaupun pada logiknya akan immune kepada virus ND, ayam-ayam ini masih terdedah kepada kes enzootic yang mungkin akan berlaku pada masa akan datang. Ayam-ayam ini masih perlu divaksin menggunakan vaksin ND yang bersifat lebih kuat. Sebagusnya, ayam-ayam ini disemelih sahaja. Kemudian masukkan baka baru dan ikuti program vaksinasi yang sewajarnya mengikut projek penternakan yang dijalankan (broiler / breeder).
Semasa menjalankan proses vaksinasi ayam, beberapa langkah juga perlu diambil berat selain daripada yang tertulis pada pamplet vaksin yang dibeli. Antara lainnya ialah, mengelakkan daripada memberi ayam-ayam minum air berantibiotik dan EM (effective microb.) selama 3 hari sebelum vaksinasi dilakukan. Dos vaksin yang diberikan juga haruslah daripada jenis lemah dahulu (2 dos pertama), kemudiannya jenis kuat untuk ketiga dan seterusnya. Selang masa antara dos adalah 4 minggu (dos 1-3) dan setiap 2 bulan bagi dos-dos seterusnya.
Vaksin akan bertindak melindungi ayam selepas 10 hari diberikan. Dalam tempoh 10 hari pertama tersebut, ayam-ayam di dalam keadaan bertarung melawan virus aktif di dalam vaksin dan membina sistem imunisasinya sendiri. Keadaan ini menjadikan ayam stress dan mudah dijangkiti penyakit pernafasan. Sebaiknya ayam diberikan minuman mengandungi electrolytes bagi membantu melawan stress. Digalakkan juga memberi ayam minuman jus putarwali dalam tempoh ini, seterusnya 1 kali setiap minggu.


nota:
* di sini saya tiada menamakan apa-apa product secara specific jenis / brand yang digunakan kerana terdapat kepelbagaian product di pasaran yang boleh digunakan. Tapi konsep penggunaannya adalah sama.
** saya juga bukan doktor veterinar, untuk maklumat lebih terperinci, kunjungi / hubungi pihak veterinar di kawasan masing-masing.
.
.