Monday, October 24, 2011

WOW! almost a year...

Salaam n all.

Lama juga saya hilang...nak kata sibuk tidak juga. Nak kata tak boleh online, tidak sama sekali. Cumanya, tidak tahu mahu diceritakan apa. Kemungkinan juga saya terlalu sibuk diFB sampaikan terabai blog.

Banyak juga perubahan dan perkembangan di LopehPoultry sekarang ini. Saya akan mencuba untuk mula menaip semula...=)






Saturday, January 29, 2011

HUJAN LAGIII.

.
.
Sejak Rabu lepas hingga harini, hujan lagi dan lagi dan lagi, siang dan malam. Hingga tatau bila akan berhenti. Dalam sehari dia berhenti atau gerimis hanya cukup masa untuk memberi bebudak makan. Nasib baik la kan. So, kenala cecepat kejar peluang. Banjir tiada. Bebudak duduk atas perching area saja...ada matahari diaorang keluar berjemur. Anak-anak kecil duduk reban atas.
Tahun ni, awal-awal lagi kita semua sudah diuji dengan pelbagai permasalahan, penyakit dan cuaca yang tidak menentu. Banyak impak kepada perjalanan penternakan, dari segi kos dan tanggungan yang terpaksa dihadapi. Setiap masa kena berjaga-jaga dengan perkembangan di reban. Memandangkan reban kami bersebelahan hutan, bila pergi ke area reban saya takutkan kedatangan ular. Mesti saya kelam kabut seperti kejadian sebelum-sebelum ini.
Pagar di kawasan range sempat dibaikpulih pada hari cuaca cerah lepas, jadi pencerobohan babi hutan sudah dapat di atasi. Walaubagaimanapun, tahun lepas kawasan kami telah dicerobohi mereka ini. Big loss juga.
Harini, buat pertama kali sejak mula La Tour de Langkawi, takde diaorang gunakan jalan depan rumah ni. My Whittey menjerit-jerit sambil berlari-lari...benda baru untuk dia. Lagipon lately dia memang dia suka menjerit pon. Jangan demam sudah bila main hujan camni =)
Esok hari terakhir untuk jualan ayam / itik untuk CNY, kira hari terakhir nak tangkap ayam dalam keadaan berhujan dan itula juga order terakhir bagi tahun ni. Habis semua stok saya tolak keluar. Tinggal induk baka dan anak-anak tak cukup umur sahaja.

Otak saya pon dah bertukar lembab selembab cuaca.
.
.
update...hujan berhenti pada 3.40a.m (Jan 31)
.
hujan lagiiiii...main hujan lagi...jimat bil air