Wednesday, March 3, 2010

hugh river cottage

.
.
Ingat lagi dulu2, masa tu my sis masih di UK belajar. Dia sebut pasal si Hugh utk kali pertama, I tatau apa pon sapa si Hugh ni. Then dia belikan I River Cottage Diary, siap pos...even kat envelop ada gamba katun angsa (cute...mana ntah dah katun tu). Masa ni I baru je berjinak-jinak bela ayam, ada tak sampai 10 pasang pon (leh refer my 1st entry blog ni). Masa dapat diary tu excited and happy, wahhh bestnye diary dgn nota2, colorful bagai, gambar2 menarik...ya la, diary yang serupa buku nota.

Bila dia balik Malaysia, my sis bagi I tengok cd River Cottage season 1, gambar zaman dulu2. Masa Hugh kurus2 dan tak macam River Cottage yang keluar kat Astro. Masa ni I tak alert lagi pasal free-range, organik, sustainability, animal welfare, exotics dan lain-lain. Terms yang sungguh asing. Jadi I tengok cd si Hugh dengan rasa biasa-biasa je. Apala orang ni cakap...ntahla. Seronok tengok gambar je la, sebab kat TV Malaysia manader rancangan camtu kan. =)

Tahun lepas, barula I beria-ia tengok River Cottage kat Astro. Then, kuar plak siri Chicken Run. Dua siri kat AFC Astro yang I tak penah missed nak tengok. Dan tahun lepas jugalah I dah sedar banyak pasal terma-terma asing atas tadi tu. Barula tau sapa itu Hugh. Suka je tengok cara dia ni, ada big farm, bela macam-macam dengan cara sehat, pastu masak-masak bagi orang makan. Gerakan yang dia buat membuka mata ramai orang untuk memikirkan animal welfare serta apa yang patut dimakan.

Memandangkan Astro ni suka ulang-ulang cerita dia, semalam I tengok lagi River Cottage. Macam biasa tengok dengan rasa seronok dan wahhhhh bestnye! Ada satu yang I nak share apa yang Hugh tu bebel2 semalam...Omega 3. Dia kata ada 3 faktor yang tentukan kandungan Omega 3 dalam daging ayam 1. sumber hijau...2. exercise...slow grow. Lagi gelap warna daging ayam tu lagi tinggi kandungan Omega 3 dia, tapi kalo ayam tu memang jenis daging gelap taklehla nak determine sangat (sapa2 rasa nak cuba determine benda ni, guna ayam white meat kat pasar tu tp bagi makan daun2, suh exercise, dan bela lebih 45 hari...nnt tengok perbezaannya). Lepas tu ayam2 kena exercise untuk bina muscle2 dia kerana di sini lah terdapatnya Omega-3 . Dan akhir sekali slow grow supaya lebih banyak Omega-3 dapat disimpan.

Lepas tu, dalam rancangan River Cottage semalam juga ada mengatakan dulu-dulu daging ayam ni sebagai makanan otak. Tapi harini tidak lagi, daging ayam sebagai agen penggemok je. Jadi, sapa2 yang asyik makan ayam umur 45 hari tu, sebenarnya you all makan agen penggemok badan je tanpa khasiat yang sepatutnya diperolehi dari seekor ayam. =) Makanla ikan hari-hari, tapi biarla ikan lepas bebas, bukan ikan kolam yang makan pallet atau perut ayam tu. Kalo nak juga makan ayam hari-hari, carikla ayam-ayam yang makan daun hijau + exercise + slow grow. Nak lagi sedap, leh cuba gamebirds macam guinea fowl, turkey, pheasant, merak dan lain-lain yang dibela secara free raging. =)
.
.


Thursday, February 25, 2010

baru balik...

.
.
Isnin sampai khamis tader, reban terpaksa minta tolong jasa baik keluarga untuk jaga. Dahla musim anak ayam netas, my favorite breeds lak tu. Tapi nak buat cemana...benda dah dirancang, kena follow. Cuti-cuti sebelum pulun keje sepanjang tahun untuk poultry dan access audit.

Sepanjang cuti-cuti tu, adala yg best dan tak best. Yang tak best makanan memang tak sedap. Tak kirala makanan tempatan atau luar. Satu je yg best...ACAR (basic ingredient timun + carrot). Itupon makan masa kat Hyatt. Siap sempat tanya chef dia cemana dia buat...ya la, dah chef tu duk ja berdiri kat tepi, I pon tanyala. Semua bahan natural katanya. Hajat di hati nak try makanan penduduk tempatan, street food ke apa (konon2 nak jadi mcm kat cenel travel&living)...huhu...then tak berani ah nak cuba. Rupa dahla tak tempting apakan nak rasa (agaknye laaa). Gi makan kat McD pon kelakar...fries rasa macam kentang goreng biasa kat rumah, yang kat pasar malam pon lagi best. Time ni la rasa syukurnya tinggal kat Mesia...

Satu ja benda yang rasanya ok skit...dapat bawa balik buah markisa (passionfruit) dengan avocado. Markisa tu manis giler, rasa nak propagate lepas ni. Not that juicy la macam yang variety kulit kuning atau purple, tapi memang manis dan rasa kuat. Nanti I post gambar kat sini. Part buah-buahan segar memang best la. Cari2 juga vanilla...anggur ke, tak jumpa la plak. Kopi dengan koko je yang banyak.

Masa kat sana sempat tengok ayam cemani dengan ayam sabung dengan lembu bali. Ayam sabung jual tepi-tepi jalan je mcm orang kat Mesia ni jual ayam kampung. Van driver kata, ayam2 tu baka ayam Filipina...tapi I tak berminat sangat, jadi wat bodon jer la. Ayam cemani lak duk main-main je kat lorong2 area kampung. Lembu bali plak kat area sawah...punyala gemok, memang cantik. Itik-itik main-main dalam saliran. At least I dapat tengok benda yang ada dalam kepala...(gambar lupa nak copy, tunggu isnin ke selasa baru leh tepek sini)

Dah balik ni, kenala siapkan reban dan order sumer...cuaca panas.

Arghhhhh...banyaknye keje kena buat!!
.
.