Saturday, August 28, 2010

Selamat Hari Merdeka ke-53



Saturday, August 21, 2010

Menggemparkan!! -part 1 plus 2

.
.
Benda ni bermula sejak minggu lepas, 2 hari sebelum aku gi bengkel access audit di KL. Aku dapat maklumat, ada orang dari belah utara ada stock banyak giler anak api-api dan harga yang agak menarik berbanding dari area-area lain. Aku pon talipon la org tu, borak skit2...dan aku pun keputusan untuk membeli 50 ekor keets umur 2 minggu. Hari jumaat petang aku bank-in bayaran untuk keets tersebut. Dan aku inform orang tu awal-awal aku tak boleh ambil keets tu sampai hari isnin sbb aku ada kat KL. Dan dia pon bersetuju. Tapi ntah macam mana, jadual aku kat KL habis sehari awal dan aku terus balik ke NS sebab reban dah tinggal lama.

Petang ahad dia sms aku, tny boleh ke post keets tu waktu tengahmlm nanti...aku balas sms dia kata OK. Tapi aku tak bgtau lagi parents aku yg aku kena gi seremban pukul 3pg utk ambil keets tersebut. Bila aku bgtau parents aku, mereka tak setuju aku gi sowang pada waktu pagi dengan musim hujan sekarang ni. Aku talipon orang tu, kata terpaksa cancel dan aku beria-ia minta maaf di atas kesulitan tersebut. Dan orang tu kata kat aku...paling lambat hari rabu, aku setuju je la...ada masa 2 hari untuk cari orang yg boleh teman aku gi Seremban. Dalam ms itu juga, aku sempat bersms dengan orang tu, aku tny dia apa perlu aku buat kalo anak api2 yg sampai ni sakit atau mati? dan dah vaksin ke belum...orang tu senyap je, tak respon pon pd sms aku.

Rabu petang dalam waktu hampir buka, aku dpt sms dr orang tu, dia kata dia tgh cari bas yg boleh bawa keets tu. Dalam pukul 8-9mlm, orang tu kata...keets aku dah naik atas bas. Mulai saat ni aku dah curiga skit...kenapa orang ni cepat sgt naikkan keets atas bas? Sejak dari jam berapa keets tu tak makan? Dia bg aku ctc no driver bas...jd lps drpd tu, aku hny berhubung dgn driver bas utk pastikan di mana dan bila aku kena tunggu.

Pukul 3.30am hari khamis, pergi seremban ditemani oleh anak sedara aku. Gembira dah keets nak sampai. Dalam jam 5.15am, keets selamat sampai di tepi hiway. Ada 2 kotak semuanya. Aku terus balik NS...kurang dari 1jam aku dah sampai di Bahau. Dan aku sms org tu kata keets dah selamat sampai. Dan aku ucapkan terima kasih.

Sampai di Bahau, tanpa berlengah lagi...aku terus angkat 2 kotak td gi kat setor. Sangkar memang dah siap kat situ. Aku bukan letak keets ni kat luar pon...dalam bangunan yg selesa keadaannya. Aku keluarkan sekor-sekor sambil kira...cukup 50ekor. Aku bagi keets tersebut minum electrolytes sbb memang aku tau kena buat camni. Org yg jual keets tu suh bagi air campur glukosa, tp tak bgtau pon nisbah campuran. Jadi aku beri electrolytes lagi ok...sbb cukup semua dalam tu. Aku amik gambar keets tersebut. Gambar keets tu ada aku letakkan di FB. Aku tengok keets tu...kenapa kepak dia jatuh? kenapa lemah semcm? Tapi, aku masih rileks sbb alasan keets tu penat and stress. Yerla dah jalan jauh dan tatau berapa lama tak makan. Aku letakkan sekali dedak hitam seperti yg disuruh oleh orang tu.

Hari Khamis siang, aku start asingkan keets tersebut atas sebab lemah dan saiz tak sama. Aku masih pujuk hati, keets ni akan ok. Makanan dan minuman aku sediakan seperti sepatutnya. Sampai petang, keets yg lemah tu semakin lemah. Aku dah rasa, ada sesuatu tak kena. Sebab kalo dia penat, mesti dah ok. Lepas tu, semakin banyak plak yg ada sign lemah2 ni. OMG. Aku letak lampu dlm sangkar keets, dan aku tengok condition mereka hampir setiap jam.

Hari jumaat adalah hari ke-2 keets tu sampai di LPfarm. Keadaan sama seperti khamis cuma keadaan keets nampak semakin parah. Ingat nak vaksin sekaligus dgn keets yg aku punya, tapi tak bolehla...keets ni terlampau lemah.

Hari Sabtu hari ke-3. Bila aku gi stor utk check sangkar keets yg lemah, 1 dah mati. 1 nazak. Yang lain-lain lemah ada 10 ekor. Aku check keets tu, vent dia basah dan ada benda hijau putih. What?!..takkan la kot. Aku sediakan larutan disinfectant dalam bekas spray, keluarkan semua sangkar dari stor. Keet yg mati dan nazak aku alihkan...cepat2 aku sembur dgn larutan disinfectant. Kiranya sepanjang pagi kerja aku hanya sembur dan mencuci sahaja. Aku letakkan sangkar2 di kawasan lapang supaya terkena matahari pagi...harapan aku satu, keets jadi sehat. Kemudiannya, aku check keets yg mati dan nazak (kemudiannya mati juga)...kurus sangat keadaan badan mereka. Tulang dada seperti mata pisau kek yang plastik tu...sapa2 bela ayam tau la. Berbeza dengan keets dari supplier lagi satu tu dan dari tempat aku sendri. Supplier aku yang satu ni memang aku kenal dan aku tau cemana dia jaga ayam2 dia...memang puashati dengan kualiti yang diberikan.

Tahun ni, tahun ke-4 aku bela api-api. Sihat dan tak sihat api2 aku boleh cam. Kat tempat aku sendri pon...setiap minggu ada netas. Jadi, kesimpulannya aku tau la sihat dan tak sihat tu cemana. Cuma aku belum level pro macam breeder orang putih tu. Pada aku, api-api ni ayam yg kuat, lasak dan tahan. Dia perlukan suhu yang panas utk membesar dengan sehat. Api-api bukan macam turkey, senang2 je nak jatuh sakit dan mati. Tak ke pelik, keets umur 2-3 minggu boleh mati dlm masa sehari dua sampai kat tempat aku? Kalo keets tu sihat sejak dari reban supplier tu, dia takkan mati secepat tu. Sekali dua plak tu, dengan yg monyok lagi. Kalo nak kata salah aku, masa terjadi tu singkat sgt. Kalo iya kena ND pon...reban aku dah vaksin awal-awal. Jadi, logiknya dari mana dan punca mana keets tu leh jadi macamtu.

Nanti aku sambung lagi dalam part-2. Aku akan reveal sapa supplier tersebut, gambar keets dan semua sms kami.
.
.
Tiada part-2 untuk isu ini kerana telah dapat diselesaikan secara budi bicara. Setelah 1 minggu keets tersebut berada di LPfarm, sejumlah 16 ekor telah mati. Selebihnya dalam keadaan stabil dan memuaskan. Pengajaran yang diperolehi daripada kes ini adalah, kita jangan sesekali secara sesuka hati membeli secara courier jika kita tidak memahami hak kita sebagai pembeli mahupun penjual. Saya tiada niat untuk memburukkan sesiapa, tetapi sebagai seorang pengguna dan juga peniaga, saya berpendapat saya perlu untuk menceritakan perkara ini, supaya kita semua mendapat iktibar darinya. Apa-apa transaksi yang kita jalankan perlu telus dan amanah. Simpan data mencukupi supaya apabila terjadi sesuatu perkara yang tidak diingini kita tahu apa perlu dibuat.


Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua individu yang terlibat dalam menyelesaikan perkara ini.
.
.

Sunday, August 8, 2010

Update sebelum mula ramadhan

.
.
Lagi 2 hari nak berpuasa, akhirnya siap juga reban utk anak ayam umur 2-4 bulan. Reban ni reban atas. OKla buat sendiri. =) Ada banyak lagi belum siap, shed untuk rabbit tak naik lagi...begitu juga dengan merpati semua.

Rabbit ada 2 induk beranak, nampak semuanya sihat-sihat dan ok. Tapi pelik si Rex tu tak beranak..kenapa ntah. "Adik, rabbit you kena jabbed ke sebelum ni...semakin gemok dan bulat adala budak 2 ekor tu...beranaknya tidak...huhuhu" Pastu, 2 minggu lepas ada kawan bagi giant flemish suh bela...bela je la..bukan susah pon. Tapi yang breed ni macam besar je. Kita tengok lagi 2 bulan, dia jadi giant atau jadi midget...hehehhe

Some more, angsa menetas...ayam mutiara menetas...ayam kampung pon menetas. Tapi kali ni production rendah. Masalah akibat teknikal dan juga semulajadi. Tunggu merpati pula untuk mula bertelur dan membiak. Ayam kampung je yang bertelur tak berhenti-henti. Raya ni bolehla bagi mak telur-telur tu wat kueh bahulu.

Semalam hujan, rasanya sejak 3 minggu lepas takda hujan turun. Best la...abis dia wash-away semua kotoran kat reban masuk ke parit perimeter tepi pagar. Segar je harini keadaan kat reban...budak-budak pon lepak2 je tadi.

Itu je la untuk kali ni... =)

"Selamat berpuasa semua"
.
.