Friday, March 20, 2009

Rak ayam itik bertelur

Sudah 2 hari bina rak ni, tak juga siap. Kayu habis, dan tak sempat nak gi amik kat umah lama mak. 3 tingkat rak berukuran 1' x 1' x 1.5'..total sarang 27 ruang. Dah jadi macam rumah merpati. Harap2 ayam dan itik2 suka, dan tak berebut tempat bertelur...harap2 mereka ni reti diajar. Kalo menjadi seperti yg dirancang, lepas ni kena invest egg incubator sebiji utk permulaan. Tamau dah bagi g.fowl & turkey eram telur mereka sendri...haru biru tempat bersarang dibuatnya. Tambahan pula itik nila yg garang bila mengeram...kecoh dan berkecah dibuatnya. Dulu2 masa jumlah mereka ni sikit semua under control, but lately everything 's changed..taleh tahan dah tgk hari2 ada je telur pecah...terpaksa gak buat rak. Rak ni takla secantik mana, tapi i try my very best to implement what i'd learnt b4...huhuhu...fun juga ptg kayu n ketuk paku.
Ayam2 dan itik2 dah mula gunakan rak bertelur mereka ni..nampaknya mereka faham kotak masing2 tapi kena check juga beberapa kali sehari incase ada yg terlupa 'rumah' sendri. Nanti ada juga telur yg rosak lagi sbb lama sgt tak dieram.
Semua improvement kena buat one at a time, semua kena kira...kepentingan, budget, dan masa (semua buat sendri). Esok nak sambung lagi buat rak...gi amik kayu dan pelan2 siapkan semua nesting boxes yg blum siap...tapi taleh lama2 sgt nnt datang bebudak kera tu, abih semua telur dirembatnye!

21 march 09
huhuhu tak sambung gi buat rak telur...tak sempat! dr pagi kena gi reban, pastu gi pasar, pastu gi beli brg makanan ayam. Masa gi beli makanan ayam tu sempat lagi tengok2 ayam mana yg berkenan...huhuhu dpt sepasang lagi baka ayam arab. Muda lagi baru 3 bulan. Corak bulu dia tak sama sgt mcm yg seblum ni...tp takpe, mlm ni leh check kat website apa jenis yg baru ni...

perbezaan yg baka pertama dan kedua utk betina...

ayam arab pertama (Brakel kriel/Campine Bantam)

ayam arab kedua (Zottegems/Zottegem)

(source: johanops-fancypoultry)

Wednesday, March 18, 2009

Baka telur campo kampung


gambar pertama
ayam jantan 1st generation (KT1)
kampung (jantan) vs telur (betina)

berat 3kg+



gambar kedua
induk ayam betina 2nd generation
KT1 vs kampung (betina)
berat 2kg+

Friday, March 6, 2009

my NEW members

huh! lama betui tak update sini.

Chinese White and Grey Goslings
semalam gi pusing2 kat pet-shop manalatau kalo terjumpa benda menarik...yeah mmg terjumpa pon benda yg dicari selama ini...iaitu anak angsa putih baka chinese white. Depa ni belum besar mana pon, tp kira umo dah senang jaga, not too fragile mcm baru netas tu. Tokey kata umo sebulan...yer la tu kot. Seblum2 ni pon beli angsa dh besar, diberi nama "ang-guard" terdiri drpd sekor baka embden, dan lg 2 eko tu chinese grey...tp mereka ni tatau jd guard pon...hehehe. My ang-guard ni tamau beranak pinak, jadi kena invest baru. Tapi harga yg diberi oleh tokey tu 'm not so sure la betul ke tidak, sbb dh lama tak beli2 ni...jadi bayar je la apa yg bagi tu.
Paling best bila sampai di reban, ang-guard bising n riuh rendah..terutamanya yg jantan. Sampai ke malam dia bising dan tak pergi jauh dari goslings...sayang sungguh dia kat kecik2 ni...rasa2nya dia ingat itu anak2 dia kot. My parents kata..."anak angkat"...hehehe. Now ni yang jadi my main agenda plak...how to differentiate mana jantan mana betina...

Itik Serati
Itik serati ni rupa2nya tak sama dengan itik nila. Mak kata kalo serati, plumage ada kaler itam2 o coklat2.. Itik nila tidak, seluruh plumage putih sahaja. Dari segi perbezaan fizikal pon nampak ketara, serati bentuk badan leper dan sedikit kecik...sbb mak kata ini baka zaman dulu2. Nila plak badan berbentuk bulat dan lebih besar. Ikut logik, itik serati lebih ringan drpd itik nila. Jadi itik serati lebih pandai terbang drpd itik nila. Tapi itik serati ni cantik...sebab plumage bercorak. Lagipon i try nak buat my reban jadi concept "rainbow"...hehehe...dpt anak je actually! At least 'm hepi so much dah...nnt kalo ada rezeki, nak cari lg.

Rosecomb Chicken..not true breed
Yang ni best, dia macam ayam kampung je saiz badan. Plumage dia kaler kelabu di badan, dan hitam campo merah2 di kepak dan kepala. Ayah kata cantik plumage dia. Pastu sisik di kaki dia seperti pattern sisik ikan, corak yang terbentuk. Balung dia bentuk rose...beli pon sebab bentuk comb ni. Tapi ayam ni bukan baka asli...mutt dah. Apa2 leh jd and dapat kalo ayam ni kawin dgn ayam lain. Tak kesahla tu...janji balung bentuk rose.

Ala-ala "Pencilled Palm" Turkey
Mereka ni sepasang. Umur 2bulan lebih to 3 months. Tanya kat penjual pon dia tak sure. Tak kesahla tu. Janji corak bulu cun! Corak pada helaian bulu meraka ni macam batik..tp bukanla sebatik batik jawa...hehehe..corak batik ala-ala komtemporari. Ada tiga warna pada plumage turkey ni...coklat, hitam, dan putih.

Serama
Meraka ni pon sepasang juga. Umur dlm lingkungan 4 bulan mcm tu, tapi saiz badan kecik seperti anak ayam kampung biasa umur sebulan lebih camtu. Cuma perbezaannya pertumbuhan bulu dah sempurna. Yang jantan berwarna macam2 dan terang, manakala betina warna sedikit dull, kecoklatan campo oren. Mereka ni lincah dan suka kacau anak ayam lain. Mereka ni tinggal sereban dgn anak2 ayam kampung berumur sebulan. Baka ni dapat dr kawan, dia bawa masa datang kat reban tempohari. Sekarang ni tengah tunggu baka 'ayam katik' plak sampai...